Selasa, 24 November 2009

Andai Cintamu Milikku

Cinta adalah sesuatu yang sukar untuk dimengertikan tetapi amat manis buat kenang-kenangan. Tanpa cinta dunia akan rasa kesepian dan kekosongan

Ahad, 22 November 2009

Kau Yang Bernama Kekasih

Kasihku
Dengarkanlah luahan hati ini
Rasa yang sebenar-benarnya kualami
Yang mengunci setiap denyut nadi ini
Yang membelai jiwaku yang dulunya sepi

Kasihku
Seandainya hayatku sampai di sini
Aku sudah berpuas hati
Tiada lagi yang aku kesali
Kerna rasa kasih yang kurasai kini
Benar-benar terasa disanubari

Kasihku
Apa lagi yang harus kukesali
Apa lagi yang harus kuratapi
Apa lagi yang harus kucari
Seandainya kasihmu untukku adalah abadi
Seandainya cintamu adalah tulus suci
Biarlah kukuncinya jauh di lubuk hati
Sampai pusara kubawa pergi

Kasihku
Seandainya mimpi kita sama
Kutunggu ia menjadi nyata
Seandainya mimpi ini tak sempurna
Kusimpan ia dalam memori cinta kita
Yang abadi dan kekal selamanya

Khamis, 19 November 2009

Rasa ini

Apakah yang kurasakan ini, adalah sebenar-benarnya rasa, yang tidak pernah menipu diri, yang tidak pernah menyiksa diri..
Rasa Ini.., kekadang buat aku lemas, sukar untuk bernafas, sukar untuk melepaskan lelah, segala-galanya adalah sukar bagiku.
Rasa ini.., adalah apa yang kualami sendiri, bukan pinjaman, bukan rekaan, tetapi kenyataan. Betapa sukarnya meniti perjalanan hidup ini, namun...kita telah terpilih untuk melalui ujian di alam fana ini. Tuhan itu Maha Agung..dia tidak akan pernah menyiksakan hambaNya. Segala ujian yang menimpa hanyalah untuk menguji sejauh mana kita mampu menghadapinya.

Andai suatu hari nanti..ketika kita sedang asyik menghayati indahnya pancaran "sang suria" tiba-tiba......hujan turun..jangan dikesalkan semua itu dan jangan terlampau bersedih hati dan berhati rawan kerna Dia nak hadiakan kita "pelangi" yang cantik dengan jaluran warna yang memukau pandangan. dari itu...sedarlah, setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi dan apa yang berlalu biarkan berlalu. Usah dikenang setiap perkara yang melukakan. Kita berhak untuk rasa bahagia jadi...cubalah untuk bahagia walaupun cuma seketika.

Seperti hidup ini...yang pernah mengalami kepahitan hidup dan segala kepiluan yang pernah beraja di hati. Akhirnya kulontar jauh-jauh agar ianya tidak lagi singgah di sini, di sudut hati yang kini telah terisi dengan kasih sayang dan C.I.N.T.A dari insan yang sudi menghulurkan salam kasihnya. Tidak akan pernah aku persiakan kerna sekali ia datang, andai tidak aku pedulikan ia tidak akan datang berulang kali dan seandainya peluang ini aku persiakan...aku tidak mungkin mendapat peluang ini berkali-kali. Tidak akan...