Kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan....sampai kapan pun... I LOVE MY HUBBY
Sesungguhnya di dunia ini, kita sebagai manusia dianugerahkan satu perasaan yang suci, yang diberi nama kasih sayang. Sesama insan tidak akan dapat mengukur rasa kasih sayang yang ada dalam jiwa insan yang lain selain DIA YANG ESA.
Rasa cinta dak kasih kepada yang Esa adalah satu kewajipan kerana lahirnya kita didunia ini juga adalah kerana adanya rasa itu. Sukar untuk dihuraikan seperti apakah layaknya kerana kita hanyalah hamba kepadaNya.
Perasaan yang pertama kita rasa saat kali pertama melihat dunia adalah terhadap kedua ibu bapa. Bersukurlah kerana kasih sayang mereka maka adanya kita sebagai pelakon yang melakonkan watak masing-masing di pentas dunia ini. Jadi mana mungkinlah rasa ini akan hilang walaupun jauh dari pandangan mata, kerana.....antara ibu bapa dan anak ada ikatan hati yang tak mungkin terputus sampai kapan pun. Mungkin paras rupa boleh berubah mengikut usia tetapi ikatan itu tidak akan goyah walaupun badai TSUNAMI datang melanda. Namun seandainya ada diantara kita sesama kita yang sengaja memberi kesimpulan, meletakkan harga, memberi timbangan, menambahkan rasa pada ikatan ini. Adakah apa yang mereka katakan itu betul? Sejauh manakah mereka dapat melihat rasa hati seseorang itu? Kalaulah itu semua bisa terjadi, mana mungkin mereka sengaja membutakan mata hati mereka daripada melihat apakah kesedihan yang ditanggung oleh insan yang sedang mereka adili.....kalau mereka benar-benar nampak....tidakkah ada sedikitpun perasaan kasihan, tidakkah ada sedikit belas kasihan....melihat hati yang menderita kerinduan? Kalau mereka tidak dapat melihat ini semua. maka berhentilah dari menilai orang lain....kerana diri sendiripun belum tentu sempurna maka tidak hairanlah orang lain pun ada cacat celanya.
bersambung...